Thursday, December 16, 2010

Amalan Kalimah Suci Sunan Kalijaga

Amalan Kalimah Suci ini saya perolehi daripada Tuan Guru Lamran Awang yang mana beliau warisi dari Kiyai Haji Asli dari Indonesia. Menurut Allahyarham kiyai tersebut , amalan ini merupakan antara amalan kesayangan Sunan Kalijaga dan tidak pernah dikembangkan secara meluas melainkan hanya kepada mereka yang terpecaya sahaja.
Sewaktu berkesempatan menemui waris waris Sunan Kalijaga di Indonesia , saya bertanyakan tentang amalan kalimah suci ini , mereka terperanjat dan bertanya kepada saya bagaimana saya boleh mendapatnya sedangkan ilmu ini tidak dibawa keluar dari Tanah Jawa bagi menjaga keasliannya daripada diubah dan disebarkan begitu saja. Malahan kata beliau , bukan semua waris sunan kalijaga yang mempunyai amalan ini dan beliau menasihati agar amalan ini dijaga dan jangan diberikan kepada orang ramai sesuka hati.
Amalan ini sebenarnya hanya menggunakan 2 kalimah syahadah , kalimah tauhid dan beberapa potongan ayat suci Al-Quran. Sangat banyak khasiatnya , namun tidak payahlah disebutkan kerana amalan ini bukan untuk pertunjukan melainkan digunakan hanya untuk keadaan terdesak.
Terdapat 3 tahap dalam amalan ini dan setiap satu amalan hendaklah diamalkan selama 40 hari sebanyak 33 kali hitungan.

1 comment:

  1. salam. adakah saya boleh untuk menerima amalan ini seterusnya mengamalkannya? bagaimana kita nk mengetahui bahawa kita ni adalah keturunan sunan kalijags? adakah kaedah2 tertentu?

    ReplyDelete