Wednesday, December 22, 2010

Thoriqot Qoodiriyyah Wan Naqsyabandiah

Thoriqot ini didirikan oleh Syeikh Ahmad Khatib Syambas ketika beliau menjadi Mursyid Thoriqot Qoodiriyyah dan Thoriqot Naqsyabandiah. Beliau mencantumkan kaedah dari dua thoriqot tersebut dan menjadikannya satu iaitu Thoriqot Qoodiriyyah Naqsyabandiah. Sebenarnya terdapat lagi kaedah thoriqot lain dalam TQN ini iaitu Thoriqot Anfasiyah , Muwafaqoh dan Junaidiah.
Thoriqot Qoodiriyyah lebih kepada zikir Jahar , Naqsyabandiah lebih kepada Zikir Khofi, Anfasiyah berdasarkan nafas turun naik, Muwafaqoh berdasarkan Asmaul Husna dan Junaidiyah berdasarkan ketetapan zikir harian dalam seminggu.
Mursyid TQN sekarang adalah K.H.A Shohibul Wafa Tajul Ariffin atau lebih dikenali sebagai ABAH ANOM dan masih menetap di Pondok Pesantren Suryalaya , Tasikmalaya , Jawa Barat , Indonesia.
Sempat berbual bersama Abah Anom

Memohon doa dari Abah Anom

Gambar kenangan bersama Abah Anom , Kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat

Bersama K.H Muhammad Abdul Gous Saifullah Maslul , Wakil Talqin TQN

Bersama K.H R Abdullah Syarif  @ Akie , Wakil Talqin zaman Abah Sepuh. Kini hanya tinggal beliau dan Abah Anom sahaja

No comments:

Post a Comment