Sunday, January 8, 2012

Ilmu Makrifat Tok Kenali

Walaupun kitab yang berjudul Mengenal Diri - Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan yang dikarang oleh Allahyarham Tuan Guru Mohd Yusof Che Wook telah diharamkan oleh pihak Jakim dan dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri , namun perkara ini tidak menghalang peminat-peminat ilmu Kesufian yang berteraskan ilmu makrifat untuk berhenti memburu kitab ini.
Sebenarnya kitab ini amat baik sekali untuk dihayati oleh mereka yang benar-benar faham jalan KeTuhanan. Perjalanan kitab ini sama dengan perjalanan yang diajar oleh K.H Muhammad Saman AL Banjari didalam pelajaran Awwaluddin Ma'rifatullah Wa Ma'rifaturRasul yang juga pernah diwartakan sesat oleh pihak Jakim dan JHEAINS.
Apa pun , kita tidak boleh menuduh dengan sewenang-wenangnya seseorang itu sesat dan menyesatkan kerana hanya Allah sahaja yang layak menghukum. Jadi bagi yang menyimpan buku ini , peliharalah ia baik-baik.... 

16 comments:

  1. Saya tidak pertikai kewalian Tok Kenali & Tok Selehong tapi yang saya khuatiri pasal apa sampai ke penulis buku di atas tiada amalan khususiah yang beliau jadikan makanan rohani. Setahu saya, 2 orang wali allah itu mengamalkan tareqat Ahmadiah yang diambil daripada Tok Tabal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy hj.shaari hj.mohd yusof pemilik sebenar kitab Tok Kenali.Tuan,apa amalankah yang tuan hajati sebenarnya?. Tidak cukupkah dengan amalan sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan, haji,zakat dan sebagainya?.

      Amalan2 yg lain selain itu, adalah berupa amalan2 kecil, berbanding sembahyang 5 waktu. Jika sy sebut amalan Tok Kenali, kebimbangan tuan tidak terbuat.

      Cukuplah amalan yang sedikit, tetapi IKHLAS! Jgn banyak ttp sia-sia. Bertorikatlah apa shj. tidak ada salahnya, ttp hendaklah tuan bertorikat dgn torikat yg mengenal Allah Taala (dgn sebenar2 kenal!).

      Yg menjadi AMALAN ROHANI itu, setelah amalan dari mrk2 yang mengenal Allah.Bilamana mengenal Allah,senyumpun menjadi amalan ibadah, batuk, pakai baju, masak nasi, tidur, telan air liurpun akan menjadi amalan ibadah. Jika tidak mengenal Allah, biarpun kita sembahyang,sembahyang kita itu, akan hanya sekadar RIADAH bknnya ibadah!.

      Jika tuan nak tahu amalan Tok Kenali, diantaranya Tok Kenali berzikir "La ilahaillah" 40,000 (40 ribu)sehari semalam. Sanggupkah kita melakukannya?.

      Amalan Tok Kenali, adalah menghormati ibu, sedikit makan, malamnya sembahyang tahajud, berwirid "alhamdullillah" lepas sembayang 1,000 kali. ini diantara amalan biasa. Tetapi tdk ada org zaman ini seperti itu, jika berwirid sekalipun,hanya dlm tempuh sehari dua shj, kemudian balik semula kpd tabiat asal.

      Ibadah atau AMALAN yang aling besar itu, adalah ibadah serta AMALAN mengenal Allah! ikhlas dr hj shaari. amin

      Delete
    2. Setaro nok gi jupo Sulte @ Rajo pun keno gi nga ore kane dio. Inike pulo nok Kenal Allah Taala. Dengan kito ore kemaca ni nok gi tepuh bodyguard istano pun x lepas. Ni nok masuk ke dale Istano? Ingat ni cerito Daraemon ko? Alam ghaib ni keno sele, keno ado bimbingan rohani guru. Keno ado berkat sheikh2 hok bersalasiloh sapa ko Rasulullah saw. Kalu nga amale syariat x pade nok gi. Semaye pun syirik. Kito 1 kuaso, Alloh Taala pun 1 kuaso. Jadi, mulo2 ni nok @ x wojib ado guru...cubo perati peristiwo Isro' Mi'roj. W/pun darjat tinggi Rasulullah SAW drp Saidina Jibril as tetapi betapo pentingnyo rabithoh guru...lebih2 lagi dale alam kerohanian yang pernuh berliku!

      Delete
  2. Salam sdr Norman

    Sy mengikuti pengajian beliau melebih satu tahun secara intensif dan sy dapati pengajaran beliau ada amalan khusus. Mungkin tn terlepas pandang

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum....

    saya ingin tahu bilakah jadual tn hj shaari memberi ceramah mengenai mengenal diri di sekita lembah klang... sila maklum kan.. terima kasih

    ReplyDelete
  4. Maaf terlambat jawab. Malam ini 16hb Sept 2012 hari ahad, sy hj.shaari ada buat ceramah di subang airport jam 8.30.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    bagaimana untuk saya beli buku mengenali diri bahagian 1 & 2?

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila Hubungi Nor di Talian 012-3440776 @ 0104363828
      Pusakatokkenali@gmail.com

      Delete
  6. assalamualaikum,saya nak miliki kitab mengenal diri ,warisan tok kenali.. brapa harga ... hadzirman tawau

    ReplyDelete
  7. saya ingin membeli buku ini, message saya di no ini
    012-3443193. saya berharap sangat

    ReplyDelete
  8. agak2 kat mana saya boleh membeli buku ini kerana saya amat berminat utk mempelajarinya dan saya sudah mempunyai asas tetapi saya inin mendalaminya lagi..... saya b'harap sgt2...

    ReplyDelete
  9. Salam sila Hubungi Nor di talian 012=3440776 @ pusakatokkenali@gmail.com utk mendapatkan kitab tersebut..

    ReplyDelete
  10. Slm.saya ingin mendalami Ilmu ini.berapakah bayarn yuran untuk mendapatkan ILMU ini.kalau di izinkan oleh ALLAHU TAALA,saya ingin kesana menimba ILMU ini.DAN juga belajar AL QURAN.saya warga SINGAPURA yang dahagakan CINTA SANG RAJA.smoga dapat balasan msg ini secepat mungkin.terima kasih sedalamnya

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum saudaraku,,, saya hanya ingin bertanya apa sih syahadad itu dan apa artinya ? tolong dijawab tp jangan hanya kulitnya saja

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...saya ingin memiliki ke dua buku tersebut,,brp harga termasuk pos??? sms sy d 0165872757,,sy berharap\\\\\.

    ReplyDelete
  13. Semua benar bagi mereka yang dibenarkan...

    ReplyDelete