Monday, January 9, 2012

Kitab Ilmu Makrifat Tok Kenali

RINGKASAN KITAB TOK KENALI..
Kasyaf Al- Haq.

Kitab ini adalah peninggalan Arwah Tok Kenali dan peninggalan Arwah Tok Selehong Kelantan yang dipelajari dari Syeikh Daud Al-Fatani yang ditinggalkan pula kepada satu-satunya murid beliau iaitu Tuan Guru Haji Mohd Yusof Cik Wook Banggol Chica , Pasir Mas, Kelantan. Kemudian diturunkan kepada anakndanya Haji Shaari Haji Mohd Yusof.

Kitab Tok Kenali ini , mengajak kita menyeberangi semapadan lautan hairan dan melewati batasan akal. Membicara rahsia ilmu yang tersembunyi disebalik huruf dan ilmu yang terselindung disebalik penghujung rasa. Menyingkap tabir Rahsia Allah yang tenggelam dilautan ghaib.

Kitab Makrifat adalah pengembaraan Ilmu Kalam, menuju binasa, fana’, zuk dan pengembaraan kalam menuju ILMU RASA. Ilmu Rasa adalah ilmu penamat segala pencarian. Ilmu Rasa adalah ilmu penyuluh kalbu, yang membawa Makrifat kepada Allah SWT.

Makrifat adalah penyuluh ilmu didalam terang, seumpama mata mencari kening, api mencari cahaya, masin mencari garam dan ilmu pencarian barang yang tidak hilang. Sungguhpun tidak hilang, dikejar semakin jauh, dipanggil semakin sayup, digali semakin dalam, dilihat semakin ghaib , yang akhirnya lemah akal dari berkata-kata.

Peninggalan Tok Kenali ini, adalah ilmu yang mudah difaham oleh semua. Ilmu Makrifat Tok Kenali yang tidak perlu kepada guru, segala kandungan jawapannya telah jelas dan putus dengan muktamad.

Disalin dari catatan dibelakang kulit buku Ilmu Makrifat Tok Kenali Kelantan.

Selamat membaca & selamat mencari Ilmu.


Tuan Guru Haji Shaari Bin Mohd Yusof , Anak kepada penulis kitab Ilmu Makrifat Tok Kenali


7 comments:

  1. Agak pelik....tiada amalan khusus hanya dengan melalui ilmu sahaja yang digunakan untuk mengenal Allah. Saya telah mendengar sendiri pengajaran oleh anak murid Tn Hj Shaari iaitu Ustaz Zika ternyata beliau bukan bertaraf guru untuk mengajar ilmu tasauf kepada masyarakat setempat

    ReplyDelete
  2. Kelibat

    Salam sdr Norman dan semua pembaca sekelian.

    Sy secara peribadi amat2 terkilan dengan kenyataan sdr tentang kata2
    " tiada amalan khusus hanya dengan melalui ilmu sahaja yang digunakan untuk mengenal Allah dan kata2 " ternyata beliau bukan bertaraf guru untuk mengajar ilmu tasauf kepada masyarakat setempat".

    Secara ikhlas sy katakan sy mengikuti pengajian Hj Shaari melebihi satu tahun secara intensif dan banyak perkara2 yang telah didedahkan kpd sy. Oleh itu sy disini secara peribadi juga mengatakan bahawa kedua-dua kenyataan tsb tidak secocok dgn apa yg sy tahu dan apa yg sy faham.

    ReplyDelete
  3. saya bersetuju dengan Tuan kelibat...cuba anda teliti tutur kata Tn Hj. shaari...cuba anda bandingkan Tuan guru yang lain..Yg berkaitan dengan ilmu ketuhanan tak mahu disentuh...kita sentuh bahagian kulit...dulu..ternyata kata-katanya penuh hikmah...banyak berserah kepada Allah...tidak membesarkan diri..beliau membesarkan Allah S.W.T...seolah2 dirinya tidak wujud yg wujud Allah...sahaja...itulah sebenar-benarnya ilmu...nak kenal org makrifat...cuba anda buat teliti

    ReplyDelete
  4. Pada.pendapat sy sdr Norman masih cetek ilmu makrifat/tauhid...

    ReplyDelete
  5. 1 soalan saya nak tanya...berapa kali saudara2 sekalian yaqazah terhadap Rasulullah SAW? Tu belum saya tanya sudah berapa kali saudara2 sekalian terpandang Diri Terjalli dari Azali?

    ReplyDelete
  6. Aslm tuan,
    inilah bezanya ilmu makrifat tok kenali, jika dibandingkan dgn yg lain.Namun bukan bermaksud yg lain tidak betul dan sebagainya.Cuma itulah perbezaan yg ada.Tetapi hj saari tidak menghalang untuk sesiapa pun yg mengikuti ilmunya untuk tidak bertorikat,wirid dll.Beliau menekankan untuk mengenal dahulu tuan punya amalan,wirid dsbnya.sebab mana mungkin kita beramal tanpa kenal matlamat amalan yg hendak kita tujukan.Berwirid tarikat matlamat akhirnya adalah untuk mendapatkan warid,sirr mahupun zuk,fana yg hadir kerana pemurnian hati/nafsu lantas diqalbu kedapatan rasa dalam mengenalnya.rasa itu pulak tidak dapat dikhabarkan selain yg merasainya.sama ada beramal dgn amalan khusus seperti wirid tarikat atau dengan cara ilmu yg diajar oleh tok kenali tanpa amalan khusus, itulah matlamatnya hanya jalannya yg berbeza.
    tentang yaqazah........apabila dlm jalan mengenal mengikut jalan tarikat(wirid khusus)akan adalah hal yaqazah ini, tetapi bukan mutlak bukan? yaqazah itu sebagai bukti dlm mengenalNYA.
    Tentang diri terjali pula, amalam makrifat tok kenali menekankan "mati sebelum mati" maka barang siapa yg berjaya dlm melakukannya maka terang dan jelaslah diri sebenar diri dan Allah yang sememangnya terang,hampir serta jelas sejelas-jelasnya.
    Maafkan tuan, sekiranya pengalaman serta pengetahuan yang ada ini tidak selari dengan yang tuan rasai serta punyai.Wallahualam......

    ReplyDelete