Sunday, December 17, 2017

JOM BELAJAR DI ZAWIYAH AL-HIRA'

Jom belajar di zawiyah al-hira’
PUSAT PENGAJIAN JARAK JAUH
KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL-INSANIAH
( KPTI SABAH )

Kami menyediakan program pengajian agama untuk orang awam dan pelajar sekolah yang berminat mendalami ilmu agama.

PROGRAM DIPLOMA
Tempoh pengajian selama 6 semester atau 3 tahun untuk Diploma yang ada LAN/MQA, dan Diploma 1 1/2 tahun untuk tujuan peningkatan ilmu serta Tauliah Jabatan Agama Islam Negeri.
Para pelajar yang hadir kuliah, menyiapkan tugasan , lulus peperiksaan dan menyempurnakan kertas projek akan dianugerahkan Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab KPTI. Lulusan KPTI juga layak memohon Tauliah Dakwah daripada mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri dan boleh melanjutkan ke tahun akhir ijazah yang diiktiraf JPA, di Universiti Islam Indonesia (IAIN), Universiti AL-Azhar Mesir & Universiti Jordan. Manakala Kolej Darul Hikmah (KDH) boleh menerima perpindahan kredit bagi tujuan LAN & MQA.
Pengajian secara separuh masa.
SETIAP SELASA , RABU DAN KHAMIS : BERMULA 7.30 MALAM – 9.30 MALAM

PROGRAM SANTRI
Program pengajian agama untuk pelajar sekolah menengah yang berumur 13 tahun ke atas dan kepada semua remaja serta belia yang berminat. Antara subjek pengajian adalah Tilawah dan Hafazan Quran ( Program Tahfiz di bawah bimbingan Syeikh Muhsin Al-Hamid yang berasal daripada Negara Yaman, bertugas sebagai Imam Masjid Datuk Pengiran Galpam ) , Pengajian Bahasa Arab , Pengajian ‘Ulumul Quran dan Hadis, Pengajian Usuluddin (Tauhid) , Pengajian Fekah (Fiqh) , Pengajian Akhlak (Tasawwuf ), Pengajian Kitab-Kitab Turath dan banyak lagi,

Pengajian secara separuh masa pada SETIAP SELASA , RABU DAN KHAMIS.
Ada 2 sesi. Pilih salah SATU sahaja.
SESI PAGI       : 8.30 PAGI – 10.30 PAGI
SESI PETANG : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG

PROGRAM MINGGUAN
Kuliah Mingguan dari para alim ulama serta ustaz-ustaz yang bertauliah dan terbuka untuk orang awam pada setiap HARI JUMAAT , : BERMULA 7.30 MALAM – 9.30 MALAM

Untuk keterangan lanjut , sila hubungi : PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-HIRA’ MALAYSIA

                                                                 H/P : 0111 – 879 3713