AKADEMI PARANORMAL
Blog ini merupakan platform untuk kita saling bertukar pendapat tentang apa yang disebut sebagai paranormal atau perkara-perkara yang melebihi tahap normal atau lebih mudah disebut "luar biasa". Maknanya kajian mengenai perkara-perkara luar biasa yang sering terjadi dalam masyarakat kita yang menyentuh bab tenaga dalam , kuasa minda , kebatinan dan kerohanian...
Monday, November 12, 2012
KULIAH ILMU MA'RIFAT
Jemaah Pendidikan Qolbu Miftahus Sudhur Jami'utthuruq Al-Mu'tabaroh mengadakan kuliah dan pengajian ilmu Makrifat @ Ma'rifat khususnya bagi warga Sabah yang mana pengajian diadakan di Sandakan , Tawau dan Kota Kinabalu. Antara kitab yang dikupas adalah Ilmu Ma'rifat Warisan Hakikat Al-Banjari yang mengupas persoalan roh , hati , nyawa , syahadah , zikir , dan lain-lain berkenaan rahsia diri seorang hamba yang mengenal dirinya merupakan Insan terpilih yang tidak pernah berpisah dari TuhanNya yang bersifat Laisa Kamisti Syai un... untuk yang ingin menghadiri pengajian secara tertutup sila hubungi 012- 864 8461 atau 014-2020 347 ( sdr Muiz ).
Sunday, October 28, 2012
JEMAAH PENDIDIKAN QOLBU MIFTAHUS SHUDUR ( JAMI'UTTHURUQ AL-MU'TABAROH )
Jemaah ini ditubuhkan bagi mendidik hati kita iaitu ikhwan dan akhwat agar sentiasa suci dan mengingati Allah S.W.T. Di dalam jemaah ini , terdapat beberapa kaedah yang diambil khususnya dari sudut amaliah zikrullah yang diperolehi dari pelbagai thoriqot seperti Thoriqot Qoodiriyyah Wan Naqsyabandiah , Naqsyabandi Al Haqqani , Syadziliah Al Hira , Khaujakan Was Sammaniyyah , dan beberapa thoriqot lagi.
Monday, October 22, 2012
HAUL ABAH ANOM
Persaudaraan TQN Sandakan dengan kerjasama Jemaah Pendidikan Qolbu Miftahus Sudhur Jami'utthuruq Al-Mu'tabaroh akan mengadakan HAUL ABAH ANOM pada 04 November 2012 , selepas solat zuhur berjemaah di Taman Jalil Alip... bagi yang ingin menghadiri , sila hubungi sekretariat TQN Sandakan di talian 012-864 8461 / 012 - 814 0100
Saturday, August 11, 2012
Kepentingan Sanad dan Silsilah
Ramai yang bertanya kepada saya , apa pentingnya sanad ? Imam Nawawi RHM mengatakan sanad adalah SENJATA bagi orang-orang Mukmin dan Imam Ibn Mubarak mengatakan rantaian sanad adalah SEBAHAGIAN DARI AGAMA, tanpa sanad , seseorang akan berkata mengikut nafsunya.
Di dalam sesuatu perjuangan juga , kita wajib mengetahui sanad perjuangan yang kita ambil agar ianya tidak terhenti sebelum sampai kepada Rasulullah S.A.W , atau setidak-tidaknya ia sampai kepada para sahabat , tabien atau tabi'et tabi'en. Ini bagi memastikan bahawa kita berada di atas landasan yang Haq..
Di dalam sesuatu perjuangan juga , kita wajib mengetahui sanad perjuangan yang kita ambil agar ianya tidak terhenti sebelum sampai kepada Rasulullah S.A.W , atau setidak-tidaknya ia sampai kepada para sahabat , tabien atau tabi'et tabi'en. Ini bagi memastikan bahawa kita berada di atas landasan yang Haq..
Saturday, July 7, 2012
THORIQOT SYADZILIAH AL-HIRA’
( PERSAUDARAAN ISLAM SEJAGAT 1440 AL-HIRA’ )
Thoriqot Syadziliah
terbahagi kepada dua perjalanan iaitu perjalanan Sufi seperti Thoriqot yang
lain iaitu amalan mensucikan diri dengan zikrullah , khalwat , suluk dan sebagainya.
Manakala satu lagi adalah perjalanan jihad yang mengijazahkan amalan-amalan
Perang seperti yang diajarkan oleh pengasas Thoriqot ini iaitu Syeikh Abu Hasan
‘Ali Asy-Syadzili semasa Perang Salib siri ke 7 ( setengah buku menyatakan Siri
ke 8 dan 9 ) menentang Raja Louis lX
dari Perancis dan perjalanan thoriqot yang kedua ini disebut sebagai
Al-Hira’. Pada peristiwa Perang Salib ini , beliau telahpun berusia 60 tahun
dan masih diberikan qudrat oleh Allah Yang Maha Esa untuk mengetuai peperangan
tersebut. Selain beliau , terdapat beberapa ulama lain yang menyertai
peperangan ini seperti Syeikh Izzudin bin Abdul Salam , Syeikh Majduddin bin
Taqiyyudin , Syeikh Muhyiddin bin Suroqoh dan banyak lagi ulama-ulama yang
bertaraf waliyullah yang menyertai peperangan ini. Dengan izin dan kehendak
Allah Yang Maha Mengatur , maka peperangan ini telah dimenangi oleh pihak
tentera Islam Al-Hira’ , yang mana sebelum itu Rasulullah S.A.W telah
mendatangi Syeikh Abu Hasan ‘Ali Asy-Syadzili di dalam mimpi dan mengkhabarkan
tentang kemenangan itu sehari sebelum peperangan.
Perbezaan di dalam thoriqot Al-Hira’ ini adalah
mursyidnya disebut Khalifah Sultan dan ia terdiri dari pemimpin pelbagai
thoriqot seperti Naqsyabandi , Ba’alawi , Sammaniyyah , Qodiriyyah , Syattariyyah
, Tijaniah dan pelbagai lagi jenis thoriqot dan tidak tertakluk kepada pemimpin
dari thoriqot Syadziliah sahaja. Setiap Khalifah Sultan yang kembali ke
rahmahtullah akan diganti oleh pemimpin yang lain dari thoriqot yang berbeza
Salah satu daripada Khalifah Al-Hira’ adalah Syeikh Yusuf yang menerima bai’ah
dan mengijazahkan Allahyarham Bung Isa iaitu pengasas perjuangan 30 . Kini ,
salah satu dari 13 Khalifah Sultan yang ada adalah Syeikh Mazlan Bin Syeikh
Hashim dan badal (wakil) atau Khalifah beliau yang diberikan tauliah untuk
mengijazahkan amalan dan membai’ah ahli adalah antaranya Syeikh Tokwan Ku Malim
Al-Mujtahidin Ad-Damaatul Baraakatullah Al Guruni , Syeikh Tokwan Ku Bentara
Sri Hitam Raja Panglima As Sallamah Ta’ala Al-Mujahidin Al-Guruni , Syeikh
Tokwan Ku Tari Al-Mawardi Al-Mujahidin Al-Guruni , Syeikh Tokwan Ku Keratong
Al-Ustaz Al-Fadhil Damaatul Baraakatullah Al-Mujtahidin , Syeikh Tokwan Timur
Al-Mujahidin Hafizahullah Al-Abdillah As-Sandakani, Tokwan Hulu Al-Mustahab
Damaatul Baraakatullah , Tokwan Sidang Kolam Timur Ad-Damaatul Barakatullah
Al-Muhajirin dan ramai lagi khalifah yang menjadi badal (wakil) kepada Khalifah
Sultan untuk mengijazahkan perjalanan 1440 ini. Antara amalan rutin yang
diijazahkan adalah Selawat 5 dan Hizib Bahr serta lain-lain.
Bagi yang ingin
mengetahuinya dengan lebih lanjut sila hubungi :
Tok Nagawan 012-8140 100 Tok Ubian 017-861 3036
Tok Muda Kuala 014-2020
347 Tok Rantau 012-830 3659
Tok Muda Hilir 012-8444 524 Tok Muda Bentara 012-811 1032
Tok Muda Hulu 014-7026 414 Syeikh Tokwan Timur 012-864
8461
Wednesday, June 6, 2012
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah Cawangan Sandakan
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah telah diasaskan
oleh Tuan Haji Lokman Bin Abdul Hamid dan dibantu oleh pelakon dan pengacara
terkenal Ashraf Muslim. Setelah beberapa kali datang ke Sandakan dan mengadakan
rawatan , kini sekali lagi pihak Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah Cawangan
Sandakan ingin membantu mereka yang benar-benar memerlukan rawatan penyakit
fizikal (zahir) dan rohani.
Bagi yang ingin mendapatkan rawatan dan
keterangan lanjut , sila hubungi :
012-864 8461 / 017-8155 461
Sunday, June 3, 2012
KULIAH PERUBATAN ISLAM DAN SESI RAWATAN DI SANDAKAN SERTA SELURUH SABAH
Disebabkan terlalu ramai yang menghubungi saya melalui panggilan telefon, sms , email dan facebook menjadi pendorong utama saya untuk mengadakan kuliah perubatan Islam di Markas Al-Hira' Sandakan serta mengadakan sesi rawatan untuk mereka yang memerlukan. Bagi yang memerlukan khidmat dan bantuan sekadar yang kami mampu...sila hubungi Left.Ust.Hafiez 012-830 3659 .... tiada bayaran dikenakan.... percuma....
Subscribe to:
Posts (Atom)
