Tuesday, December 8, 2015

LAW OF ATTRACTION
( HUKUM TARIKAN )


Saya diminta oleh beberapa orang ikhwan untuk menghuraikan dan memberikan penjelasan tentang satu seminar yang kini begitu popular iaitu : LAW OF ATTRACTION

Bagi saya secara peribadi , saya amat menyokong dan gembira dengan perkembangan mengenai ilmu sains Minda yang kini semakin berkembang. Saya rasa tidak perlulah saya menghuraikan tentang apa itu Law Of Attraction kerana sudah terlalu banyak buku dan video di youtube yang menceritakan tentang hal ini.
Apa yang saya ingin sampaikan hanyalah kesimpulan daripada teknik yang sentiasa dilakukan dalam kaedah LOA ini.

Pertama
Visualisation atau Pembayangan
Anda bayangkanlah apa yang anda mahukan, mahu rumah , mahu kereta , mahu duit ...silakan ... buat pembayangan dengan penuh perasaan yang anda sudah menikmati apa yang anda mahukan.

Kedua Afirmasi atau Saranan
Berkatalah dalam hati anda dengan penuh perasaan apa yang anda tuju, contoh Aku adalah orang kaya yang Berjaya dan Bahagia. Bagi yang Muslim boleh ditambah Ya Allah AKU adalah orang kaya yang Berjaya dan Bahagia.

Kemudian anda hendaklah yakin bahawa apa yang anda lakukan ini tidak lain hanyalah secebis permintaan kepada Allah S.W.T dan dalam Surah Ghofir , Allah berjanji " Mintalah kamu kepadaKu , nescaya Aku perkenankan "

Yakinlah dan amalkan. Sebaiknya sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Bagi yang serius ingin belajar LOA ini , bolehlah mendapatkan modul daripada pihak Akademi Paranormal.

Sekian dan sampai jumpa lagi...





No comments:

Post a Comment